“Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati.” (Surah Luqman, 31:34)

Monday, August 17, 2009

PERGINYA SATU MUTIARA YANG BERSINAR

Posted by UNIT HAL EHWAL ISLAM (MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA) at 1:45 AM 0 comments

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia

Berita yang baru GUA terima sebentar tadi, Ustaz Asri Rabbani, 40, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai selepas jatuh pengsan di RTM, Angkasapuri pada jam 10.30 pagi tadi.

Allahyarham yang dipercayai mendapat serangan jantung sedang memberi ucapan ketika sidang media program 'Syahadah'.

Kali terakhir GUA bertemu dengan Ustaz Asri ialah ketika sesi temuramah untuk program Sembang Selebriti sempena Ramadhan di pejabat urusan kumpulan itu kelmarin.

Allahyarham meninggalkan isteri tersayang Haliza Shahadan, 38, dan enam orang anak.

Jenazah allahyarham akan dibawakan pulang ke rumah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan selepas Maghrib setelah dimandikan dan dikafankan di hospital. Ini untuk membolehkan keluarga mertuanya yang berada di Johor memberikan penghormatan terakhir.

dipetik daripada gua.com

**********************

selepas perginya beliau, kita akan rindukan alunan azan yang mendayu, dan boleh meruntuhkan benteng keegoaan kita yang selalu sombong untuk mendengar azan. Kita akan rindukan bacaan Al Quran ayng mampu menumpahkan air mata dan tembok kekerasan hati manuasia yang sentiasa sombong untuk membuka selembar muka AL QURAN dan kita akan merindui zikir-zikir yang dialunkan suara merdu beliau...

Kita rasakan kehilangan beliau di laman Islam dan dunia seni bagaimana pula dengan keluarga beliau? difahamkan beliau seorang bapa yang penyayang, walaupun beliau sentiasa sibuk dengan kerja beliau. Beliau juga tidak lupa untuk mengejar dan mengumpul bekalan untuk dibawa ke sana nanti....

Sama-samalah kita mendoakan semoga roh beliau dirahmati Allah.... AL-FATIHAH

Pesanan Ust Asri

Aku adalah pengejar syurga akhirat,
bagiku dunia ini adalah
tempat mempersiapkan segala sesuatu
untuk meraih syurga akhirat;
aku yakin bahawa syurga akhirat
tidak akan pernah dapat aku raih;
kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluargaku
adalah syurga dunia paling indah buatku.
Tempat kerja syurga dunia harianku.
Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

PERMULAAN

Posted by UNIT HAL EHWAL ISLAM (MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA) at 1:37 AM 0 comments
BLOG ini mengandungi Belangkasukawa semua ulama Islam yang sempat saya kongsikan....
 

BELANGKASUKAWA Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez